Kuching: Lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Baram, pada 8 Sept lepas disenarai antara penerima Anugerah Kebesaran Negeri Sarawak bersempena dengan Sambutan Hari Lahir ke-80 Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini.
Mereka ialah mendiang Alexson Adit Henry, mendiang Debra Moset, Allahyarham Dr Ainul Baraah Kamaruddin, mendiang Jessie Paya Jok dan Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham.
Kesemua mereka dianugerahkan Pegawai Bintang Sarawak (PBS) secara anumerta.
Sebanyak 1,350 individu tersenarai untuk menerima anugerah kebesaran negeri bersempena dengan sambutan itu.








