SHAH ALAM: Masalah brek dan pemandunya positif dadah jenis amfetamin atau metamfetamin menjadi tumpuan siasatan nahas membabitkan sebuah lori 10 tan yang me­rempuh 11 kenderaan di persimpangan lampu isyarat Alam Budiman, Persiaran Mokhtar Dahari, di sini kelmarin.

Pemandu lori berusia 51 tahun itu ditahan selepas ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, kemalangan kira-kira pukul 4.20 petang itu dipercayai berpunca daripada masalah brek lori ketika menuruni bukit dari arah Puncak Perdana menghala ke Puncak Alam.

Lori terbabit kemudian terbabas ke arah bertentangan sebelum merempuh 11 kenderaan yang berhenti di lampu isyarat.