Pasir Puteh: "Isteri ada beritahu lepas habis berpantang mahu balik dan duduk lama sikit di kampung," kata Muhammad Zulfadhli Humaidi, suami mangsa kemalangan maut, Maslina Md Shafei.
Muhammad Zulfadhli, 33, berkata, arwah isterinya juga begitu teruja mahu memperkenalkan dan membawa balik anak mereka yang baru dilahirkan, Medina El Zahra untuk berjumpa keluarga mereka di Kelantan kerana isterinya bersalin di Kuala Lumpur, September lalu.
"Saya ingat niat dia lah, dia kata dah lama lepas pantang, dia nak balik kampung, nak duduk lama sikit.
"Jadi, sekarang saya fahamlah niat dia (rupanya hasrat terakhir), sebab sebelum ni saya tangguh dulu (balik kampung) sebab bagi habis pantang, biar ibu, anak stabil dulu, sehinggalah semalam, bila mak saudara dia meninggal, dia minta balik kampung, jadi tak apalah, baby pun dah stabil, jadi izin dia balik (kampung)," katanya ketika ditemui di Masjid As Saadah, Kampung Permatang Gading, di sini, malam ini.






