KOTA BHARU – Setahun tidak bertemu mata, seorang pengawal keselamatan tergamam apabila menerima berita kematian bekas isteri dan anaknya dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 38.5, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Tasik Banding, Gerik di Perak semalam.

Kemalangan kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu mengorbankan Al Zubair Deraman, 31, Nik Mohamad Hafiz Daniel Nik Hairey, 19, Tuan Shazrin Tuan Mud, 40, dan anak perempuannya, Safiyya Haura, 3.

Mohamad Sanuzi menunjukkan gambar arwah anaknya Safiyya Haura yang maut dalam nahas di Kilometer 38.5, JRTB Gerik-Jeli dekat Tasik Banding semalam. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

Seorang mangsa iaitu anak tiri kepada Allahyarham Tuan Shazrin yang bekerja sebagai tukang urut di Tanjung Piandang, Perak, Mohamad Shiraz Hammani Abdul Fatah, 9, masih koma.