KUALA LUMPUR: Bekas isteri penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie, 36, selamat bertunang dengan seorang ahli perniagaan berstatus duda pada 2 Ogos lalu.

Difahamkan, majlis pertunangan doktor gigi itu berlangsung secara sederhana di kediaman keluarganya di Seremban, Negeri Sembilan.

Perkembangan itu disahkan sumber terdekat Dr Fie yang memaklumkan pasangan berkenaan sudah mengenali dan menerima antara satu sama lain.

"Ya, dia sudah bertunang. Lelaki itu berstatus duda. Mereka saling menerima satu sama lain," kata sumber itu.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai tarikh pernikahan pasangan terbabit belum diketahui.