Ronald Kiandee percaya Azmin Ali, Hilman Idham dan Dr Afif Bahardin menjadi dalang di sebalik cadangan kerjasama Bersatu dengan Pakatan Harapan di Selangor.KUALA LUMPUR: Naib Presiden Bersatu yang digantung, Ronald Kiandee, berkata beliau tidak terkejut dengan rancangan partinya untuk memeterai kerjasama dengan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Harapan (PH).
Ahli Parlimen Beluran itu mendakwa kepimpinan Bersatu ketika ini sudah lama mahu menjalinkan hubungan dengan PH, sambil menambah langkah untuk merundingkan kerjasama di Selangor hanya menjelaskan lagi niat mereka.
Kiandee berkata kepimpinan parti mungkin sebelum ini tidak begitu berterus terang mengenai hasrat itu disebabkan tentangan dalaman daripada tokoh seperti dirinya.







