PONTIAN- "Bila tiba di lokasi, saya nampak jasad bergelimpangan. Abang mereka pula memang parah."Demikian kata Norimah Khamis,40, ibu saudara kepada tiga beradik yang maut dalam nahas membabitkan motosikal dan lori di Jalan Parit Haji Siraj di sini pada Khamis.Norimah antara yang terawal tiba di lokasi sebaik dimaklumkan mereka terbabit kemalangan.ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi berdarah: Tidak tahu sekolah tutup, tiga beradik maut dalam perjalanan ke sekolahTiga beradik maut: 'Saya dah beritahu tak payah pergi sekolah, tetapi mereka beria-ia mahu ke sekolah' - IbuTiga beradik maut: CCTV rakam mereka tiba di sekolah dan berpatah balikTiga beradik maut: Dua adik maut di lokasi, abang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital"Adik saya telefon dia beritahu Echa (Puteri Naufal Raisya Norlizan, 8), sudah tiada, abang dia (Nor Daniel Aiman, 18) pula kritikal"Saya terus ke lokasi dimaklumkan dan apabila tiba, saya nampak seorang kat sana, seorang di sini (atas jalan)... mereka mungkin tercampak."Tidak lama kemudian, barulah saya tahu ketiga-tiga anak saudara saya sudah tiada," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pontian.Menurut Norimah, lokasi kejadian hanya kira-kira 200 meter dari rumah keluarga mangsa dan mereka ketika itu dikatakan sudah hampir tiba di kediaman.Beliau berkata, ketiga-tiga beradik itu dalam perjalanan pulang selepas ke sekolah sebelum motosikal dinaiki mereka terbabit kemalangan.Tambahnya, seorang daripada mangsa, Nor Daniel Fikri Norlizan, 11, tahun aktif dalam sukan dan ibunya baru membeli kasut bola pada minggu lalu.Sementara itu, abang mangsa, Nor Daniel Irfan Norlizan, 19, menyifatkan ketiga-tiga adiknya itu seorang yang ceria dan kerap membantu ibu mereka.Nor Daniel yang merupakan anak kedua daripada enam beradik tinggal di rumah nenek mereka di Kampung Puteri Menangis, Benut dan kini sedang belajar di Kolej Tingkatan Enam."Aiman minat membaiki enjin dan mahu lanjutkan pengajian di Giat Mara. Dia banyak tolong ibu di rumah termasuk hantar adik-adik ke sekolah. Ibu patah tangan empat bulan lalu ketika hantar adik ke sekolah," ujarnya.Ketiga-tiga jenazah dijangkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Haji Siraj.
Tiga beradik maut: 'Saya nampak jasad bergelimpangan, abang paling parah'

Key takeaways
Norimah melihat jasad tiga beradik yang maut di lokasi kemalangan motosikal dan lori. Mereka hampir sampai ke rumah keluarga.
- Norimah melihat jasad tiga beradik yang maut di lokasi kemalangan.
- Kemalangan berlaku di Jalan Parit Haji Siraj, Pontian.
- Satu daripada mangsa, Nor Daniel Fikri, aktif dalam sukan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Tiga beradik maut motosikal bertembung lori
- Malaysiakini (BM) Tragedi perjalanan sekolah: Tiga beradik maut rempuhan lori di Pontian
- Sinar Harian Tiga beradik maut: 'Saya nampak jasad bergelimpangan, abang paling parah' (this story)









