Kuala Lumpur: "Kami masih tertanya-tanya bila sebenarnya penerbangan pulang dan berapa lama lagi kami akan terkandas di sini."
Itu luahan Rafhana Hidayu Mohd Yusoff, 34, yang terkandas di Arab Saudi bersama ibunya selepas penerbangan pulang ke Malaysia dibatalkan secara mengejut hari ini berikutan risiko konflik di Asia Barat.
Rafhana Hidayu berkata, dia dimaklumkan mengenai pembatalan penerbangan itu kira-kira jam 4 pagi waktu Arab Saudi, sebelum masuk waktu solat Subuh.
Menurutnya, dia berada di Arab Saudi sejak 30 September lalu dan sepatutnya pulang ke Malaysia menerusi penerbangan yang dijadualkan berlepas pada jam 12.40 tengah malam ini.






