HARI INI, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual bermesyuarat bagi menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika rundingan antara parti politik bagi membentuk kerjasama masih meninggalkan tanda-tanya.

Barisan Nasional (BN) dengan UMNO sebagai terasnya di Melaka terus mencatur kedudukan untuk memastikan matlamat kekal bertanding 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dapat dipenuhi.

Jika keputusan itu kekal, ia tentunya memerlukan kompromi besar rakan kerjasama yang bakal dimuktamad nanti, jika ada dan dipersetujui, rakan itu hanya diperuntuk baki tujuh lagi kerusi untuk ditandingi.

Pada PRN 2021, PAS yang kali pertama menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) tewas di semua lapan kerusi DUN ditandingi di Melaka, iaitu Kuala Linggi, Taboh Naning, Durian Tunggal, Bukit Katil, Duyong, Serkam, Kelebang serta Merlimau.