JAKARTA: Indonesia tidak akan mengisytiharkan kebakaran hutan dan tanah yang berlarutan di negara itu sebagai bencana nasional buat masa ini, sambil menyatakan ia masih berupaya menangani krisis berkenaan.
Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik dan Keselamatan, Dudung Abdurachman berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat kabinet terhad yang dipengerusikan Presiden Prabowo Subianto di Istana Merdeka di Jakarta pada Isnin.
"Belum lagi, belum lagi. Kami masih berupaya menanganinya," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berkenaan.
Dudung berkata tawaran bantuan antarabangsa tidak dibincangkan dalam mesyuarat itu, sambil mengakui kebimbangan berhubung jerebu merentas sempadan yang menjejaskan negara jiran, termasuk Malaysia.






