Presiden Indonesia Prabowo Subianto arah usaha pemadaman kebakaran ditumpukan di Taman Negara Tanjung Puting dan kawasan terjejas lain di Kalimantan Tengah, serta Sumatera Selatan, menurut menteri Kabinetnya. (Gambar EPA Images)JAKARTA: Indonesia tidak akan mengisytiharkan kebakaran hutan dan tanah yang berlarutan di negara itu sebagai bencana nasional buat masa ini, menyatakan kerajaannya masih berupaya menangani krisis itu.
Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik dan Keselamatan Dudung Abdurachman berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat Kabinet terhad yang dipengerusikan Presiden Prabowo Subianto di Istana Merdeka di Jakarta hari ini.
“Belum lagi, belum lagi. Kami masih berupaya menanganinya,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat.






