KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 dilihat lebih seimbang dalam menangani keperluan rakyat dengan disiplin fiskal tetapi pembaharuan struktur masih diperlukan untuk mengukuhkan kedudukan fiskal jangka panjang Malaysia, kata pakar-pakar ekonomi.
Profesor Adjung Universiti Taylor serta Bekas Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Ong Kian Ming, menyifatkan belanjawan yang baru diumumkan itu sebagai belanjawan 'bijak' dalam erti kata bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memenuhi pelbagai objektif.
"Orang ramai menjangkakan ia akan bersifat belanjawan pilihan raya, bermakna ada pemberian yang berbeza dan juga orang boleh mengatakan 'gula-gula' yang diberikan untuk diumumkan dan akan diberikan kepada rakyat Malaysia tahun depan.









