KUALA LUMPUR: Jabatan Wilayah Persekutuan meneliti agihan dana daripada Belanjawan 2027 untuk menguruskan pewartaan lebih 20 hektar tanah di Kuala Lumpur sebagai Tanah Rizab Melayu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, berkata penelitian itu perlu dilakukan bagi mengenal pasti permohonan yang diluluskan dan peruntukan sedia ada yang boleh digunakan untuk melaksanakan projek tertentu.

"Kita masih meneliti perkara ini bersama-sama Kementerian Kewangan kerana Belanjawan 2027 baru dibentang Jumaat lalu. Kita tidak mengetahui butirannya sebelum ini.

"Sebahagian besar peruntukan yang diumumkan itu berdasarkan permohonan atau cadangan yang dikemuka oleh kementerian dan agensi masing-masing.