KAJANG: Tiga kereta dan tiga motosikal tertimbus dalam tanah runtuh di Jalan Nilam 2, di sini, petang tadi.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan tiada individu terperangkap di dalam kenderaan yang terjejas.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5 petang sebelum Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Hulu Langat menerima maklumat mengenainya menerusi media sosial pada jam 6.45 petang.
Susulan itu, sepasukan anggota APM digerakkan ke tempat kejadian pada jam 7 malam bagi menjalankan pemantauan serta pemeriksaan keadaan di kawasan terbabit.








