Ranau: Hujan lebat berterusan sejak petang tadi mengakibatkan tanah runtuh dan banjir kilat di beberapa kawasan sekitar Kundasang, di sini, termasuk sebuah Perodua Kancil dipercayai dihanyutkan arus hingga terbalik di tebing jalan kampung.
Kejadian di Kampung Sinisian (Kampung Gorowot) itu menyebabkan kereta berkenaan ditemukan terbalik di kawasan runtuhan tanah berhampiran laluan utama masuk ke kampung terbabit.
Ketua Polis Daerah Ranau, Superintendan Mursalin Mahmud berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tanah runtuh dan banjir kilat di Kampung Sinisian kira-kira jam 5.58 petang.
Katanya, pemeriksaan di lokasi mendapati sebuah Perodua Kancil terbalik di tebing jalan dengan kawasan runtuhan dianggarkan seluas 223 meter persegi.









