SEPANG: Jemaah haji yang memperoleh visa haji furada atau mujamalah disaran menguruskan perjalanan dan kebajikan mereka menerusi Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, saranan itu bertujuan membantu memastikan urusan pemergian jemaah, termasuk aspek kebajikan sepanjang berada di Tanah Suci, dikendalikan oleh syarikat yang mempunyai lesen daripada TH.
Beliau berkata, jemaah yang memperoleh visa mujamalah khususnya digalakkan mengutamakan perkhidmatan PJH berlesen bagi membantu melancarkan perjalanan mereka.
“Jadi kita nak menasihatkan kepada mana-mana para jemaah haji yang mendapat visa mujamalah itu, kita utamakanlah PJH kita.








