Kuala Lumpur: Tindakan pelawak dan bekas penyampai radio Mohd Nadzri Zainal Abidin, yang lebih dikenali sebagai Jep Sepahtu, berkongsi rekod pembayaran zakat berjumlah kira-kira RM1.935 juta bagi tempoh 2016 hingga 2025 disifatkan sebagai langkah berani dalam menegakkan ketelusan dan mempertahankan integriti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata, tindakan itu juga disifatkan sebagai usaha menangkis fitnah, selain membuktikan pelaksanaan kewajipan agama itu secara telus.

"Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan buat Saudara Jep Sepahtu (Mohd Nadzri Zainal Abidin) yang benar-benar menjadi wira serta inspirasi kepada para asnaf di Wilayah Persekutuan. Kita ambil dari sudut positif dan doakan yang baik-baik untuk semua," katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.