PETALING JAYA: Perancangan guna tanah dan Rancangan Struktur Negeri merupakan antara pembangunan fizikal negara yang diteliti dalam Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara ke-51 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, perkara berkenaan diteliti selaras dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Katanya, semua pihak berkaitan perlu terus menambah baik penyampaian perkhidmatan bagi mengukuhkan ekosistem pelaburan serta memudahkan urusan rakyat.

“Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri penting bagi memastikan pembangunan negara dirancang secara inklusif, mampan dan menyeluru