Kuala Lumpur: Bayangkan anda boleh menyemak bajet bulanan, menyiapkan tugasan sekolah anak, menterjemah dokumen atau mencari idea kandungan media sosial hanya dengan hanya beberapa arahan mudah.

Itulah antara kemudahan yang ditawarkan menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin menjadi sebahagian daripada rutin harian masyarakat.

Namun, masih ramai menganggap teknologi AI premium sebagai sesuatu yang mahal, rumit dan memerlukan bayaran langganan bulanan yang membebankan.

Bagi memastikan teknologi ini lebih mudah diakses oleh semua, Yes memperkenalkan pembantu AI tempatan, ILMUchat, yang direka khusus mengikut gaya hidup rakyat Malaysia.

Bantu tugasan harian lebih mudah