NONTHABURI: Seorang wanita berusia 22 tahun mengaku membuang mayat bayi yang dilahirkan sendirian di sebuah kondominium di Nonthaburi, Thailand, selepas menyimpan mayat itu dalam keadaan sejuk selama kira-kira dua hari.

Wanita itu disoal siasat polis pada Sabtu lalu selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) membawa pihak berkuasa ke bilik yang disewanya di daerah Pak Kret.

Mayat bayi itu ditemukan kira-kira pukul 10.50 pagi pada 9 Oktober selepas seorang pekerja pembersihan kondominium melaporkan penemuan beg sampah hitam di dalam tong sampah di luar lif tingkat lima.

Siasatan lanjut mendapati rakaman CCTV menunjukkan seorang wanita keluar dari bilik di tingkat lima pada pukul 9.33 pagi sebelum meletakkan beg sampah hitam di dalam tong sampah di luar lif 10 saat kemudian.