Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menyeru masyarakat dan pemimpin supaya tidak lagi melihat golongan muda menerusi stereotaip yang menganggap mereka berasa diri berhak mendapat layanan istimewa atau manja, sebaliknya mengiktiraf realiti sosioekonomi yang jauh berbeza yang dihadapi mereka.
Beliau berkata golongan muda kini berdepan cabaran tersendiri termasuk persekitaran yang dipacu teknologi dan perubahan keadaan ekonomi yang membentuk persepsi mereka terhadap nilai diri serta mendorong mereka mengharapkan kejelasan dan keadilan yang lebih baik dalam kerjaya.
"Generasi hari ini bukanlah berasa diri mereka berhak mendapat layanan istimewa atau manja, tetapi mereka dilahirkan dalam perspektif yang berbeza. Pengalaman hidup mereka tidak sama seperti yang kita lalui.








