Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri hingga 6 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda beberapa kawasan di Perak, iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Selama; Kelantan (Jeli dan Gua Musang); Terengganu (Dungun, Hulu Terengganu dan Kemaman); serta Pahang (Pekan, Lipis, Jerantut, Kuantan, Raub, Temerloh, Bentong, Maran, Rompin dan Cameron Highlands).

Di Selangor pula, kawasan terlibat ialah Sepang dan Hulu Langat; Putrajaya; Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Rembau dan Kuala Pilah; manakala kawasan terjejas di Johor ialah Kota Tinggi, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.