London: Cristiano Ronaldo mendedahkan hubungan sebenarnya dengan Lionel Messi, termasuk bagaimana mereka saling membantu di luar padang.

Ronaldo, 41, dan Messi, 39, kini berada di penghujung karier masing-masing, namun kedua-duanya menghabiskan tempoh 15 tahun mendominasi dunia bola sepak.

Persaingan mereka mencetuskan pelbagai perdebatan, rasa iri hati dan cemburu dalam kalangan peminat, pengulas serta pemain.

Bagaimanapun, kedua-duanya sentiasa mengekalkan persaingan sihat secara terbuka.