KAMPAR – Kira-kira 470 penduduk di dua buah kampung iaitu Kampung Changkat Tualang dan Kampung Redang Sawa di sini hidup dalam keadaan tidak keruan apabila kediaman serta kedai makan mereka diserang ribuan lalat sejak lebih setahun lalu.

Dipercayai, punca serangan lalat tidak mengira pada waktu siang dan malam itu berpunca kerana penggunaan najis ayam yang tidak diproses oleh beberapa pengusaha tanaman kontan di kawasan seluas kira-kira 40 hektar.

Seorang peniaga kedai makan, Fadilah Abdul Karim, 50, yang telah berniaga lebih sepuluh tahun di Kampung Changkat Tualang berkata, pendapatan perniagaannya merosot sehingga