JAKARTA – Seorang pelajar perempuan nekad menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan selepas dia jatuh sakit dan tinggal bersendirian di bilik sewa di wilayah Bengkulu, lapor laman berita Lambe Turah,
Kejadian berlaku di kawasan Jalan Merpati 16, Desa Rawa Makmur Permai, baru-baru ini.
Pelajar bernama Annisa Laghpi itu dilaporkan tidak sihat dan tidak mempunyai keluarga terdekat untuk membantunya mendapatkan rawatan.
Kerana tidak tahan dengan keadaannya, Annisa segera menghubungi Pusat Panggilan Polis Negara 110 untuk membawanya ke hospital.









