RIYADH – Cristiano Ronaldo akhirnya membuka mulut mengenai kontroversi meninggalkan kem Portugal sambil menegaskan insiden berkenaan tidak bermakna dia mahu ‘bersara’ daripada pentas antarabangsa.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Ronaldo memohon maaf kepada rakan sepasukan dan penyokong Portugal selepas meninggalkan kem skuad kebangsaan secara mengejut minggu lalu.

Namun, pemain berusia 41 tahun itu tetap mempertahankan tindakannya yang berpunca daripada sikap jurulatih, Jorge Jesus selepas memungkiri janji untuk tidak memberikan minit permainan kepadanya.

“Saya mohon maaf kepada rakan sepasukan dan saya tidak sepatutnya buat perkara itu walaupun saya sudah tidak percaya sepenuhnya dengan jurulatih. Kesalahan itu saya pikul sepenuhnya,” katanya.