CRISTIANO Ronaldo mengetepikan persaingan panjangnya dengan Lionel Messi apabila tampil memberikan penghormatan kepada bintang Argentina itu selepas mengakhiri karier antarabangsa.Messi menutup perjalanan 21 tahun bersama skuad kebangsaan dengan penuh bergaya apabila menjaringkan satu gol dan mencipta dua bantuan jaringan ketika Argentina menewaskan Benin 3-0 di Stadium Monumental, semalam.Lebih 85,000 penyokong hadir menyaksikan aksi terakhir pemain berusia 39 tahun itu yang dianggap antara legenda terbesar dalam sejarah bola sepak Argentina.Ronaldo kemudian meninggalkan komen pada hantaran Messi di media sosial sebagai tanda penghargaan terhadap pencapaian luar biasa seteru lamanya itu."Leo (Messi), selepas bertahun-tahun mempertahankan negara anda, anda mencipta sejarah yang akan kekal selama-lamanya."Saya amat menghormati apa yang anda capai bersama Argentina. Pelukan buat anda," kata Ronaldo.Messi pula mengakui mula merindui jersi biru muda dan putih biarpun belum 24 jam meninggalkan pentas antarabangsa."Semalam adalah perlawanan terakhir dan saya sudah merindui jersi biru muda dan putih."Saya tahu saya membuat keputusan yang tepat," kata Messi menerusi hantaran di media sosialnya.Persaingan Ronaldo-Messi yang mewarnai bola sepak dunia selama lebih sedekad akhirnya disisihkan seketika apabila Ronaldo memilih untuk meraikan legasi Messi bersama Argentina, bukannya perseteruan mereka.
Ronaldo kagum legasi Messi

Key takeaways
Ronaldo menghormati legasi Messi setelah karier antarabangsa Messi berakhir.
- Ronaldo memberikan penghormatan kepada Messi selepas dia berakhir dalam permainan antarabangsa.
- Messi menutup 21 tahun bersama pasukan Argentina dengan kemenangan 3-0.
- Messi mengakui merindui jersi Argentina walaupun baru sahaja meninggalkannya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SUKAN SINAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian Ronaldo tabik legasi Messi
- Harian Metro Pesanan terakhir Ronaldo buat Messi
- Sinar Harian Ronaldo kagum legasi Messi (this story)









