Buenos Aires: Cristiano Ronaldo mengetepikan seketika persaingan hebatnya dengan Lionel Messi untuk memberikan penghormatan kepada bintang Argentina itu selepas mengakhiri karier antarabangsa.
Messi menampilkan aksi terakhir penuh bergaya bersama Argentina apabila menjaringkan satu gol.
Malah, dia turut mencipta dua bantuan jaringan dalam kemenangan 3-0 ke atas Benin di Stadium Monumental, Buenos Aires, semalam.
Lebih 85,000 penyokong hadir menyaksikan perpisahan pemain itu yang menutup perjalanan luar biasa selama 21 tahun bersama skuad kebangsaan.
"Leo, selepas bertahun-tahun mempertahankan negara anda, anda mencipta sejarah yang akan kekal selama-lamanya.








