CRISTIANO Ronaldo masih boleh kembali memperkuatkan Portugal meskipun meninggalkan kem pasukan selepas kecewa tidak diturunkan dalam kesebelasan utama.Ketua jurulatih Portugal, Jorge Jesus menegaskan, bintang berusia 41 tahun itu boleh kembali bersama skuad kebangsaan pada panggilan antarabangsa akan datang sekiranya dia masih beraksi bersama kelabnya, Al-Nassr."Bagi saya, Cris dalam panggilan seterusnya jika dia masih bermain bersama Al-Nassr. Dia boleh dipanggil untuk beraksi."Jika dia mahu, dia akan kembali ke pasukan kebangsaan," kata Jesus selepas Portugal menewaskan Norway untuk mengesahkan tempat ke suku akhir Liga Negara-Negara.Kontroversi membabitkan Ronaldo tercetus selepas Jesus tidak menurunkannya sebagai pemain utama ketika Portugal mencatat kemenangan ke atas Norway pada aksi pertama.Ronaldo kemudian meninggalkan kem Portugal pada Rabu selepas dimaklumkan bahawa dia sekali lagi tidak akan disenaraikan dalam kesebelasan utama bagi pertemuan menentang Denmark.Bagaimanapun, Jesus tidak melihat insiden berkenaan sebagai titik noktah karier Ronaldo bersama Portugal malah bersedia mengadakan perbincangan dengannya sebelum kem latihan seterusnya pada November."Jika dia mahu bercakap dengan saya seperti yang kami lakukan sebelum panggilan kali ini, kami boleh berbincang sebelum panggilan seterusnya."Tetapi Cris yang akan membuat keputusan," katanya.Jesus turut menjelaskan bahawa sejak mengambil alih tugas daripada Roberto Martinez selepas Piala Dunia 2026 dia sememangnya mahu Ronaldo terus menjadi sebahagian daripada perancangannya."Cristiano sepatutnya menamatkan kariernya bersama pasukan kebangsaan mengikut kehendaknya sendiri. Dia yang akan menentukan bagaimana dia mahu melakukannya."Dalam panggilan pertama saya, saya sudah beritahu dia, ‘Saya perlukan kamu. Saya perlukan kamu dekat dengan saya, sama ada bermain atau tidak. Saya perlukan kamu’."Sekarang saya masih mengatakan perkara yang sama," katanya.Ronaldo merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Portugal selain pemegang rekod penampilan antarabangsa terbanyak.Bekas bintang Real Madrid dan Manchester United itu membuat penampilan sulung bersama Portugal pada 2003 ketika berusia 18 tahun dan sudah beraksi dalam enam edisi Piala Dunia.Ronaldo sebelum ini memberi bayangan bahawa 2026 mungkin menjadi tahun terakhirnya dalam bola sepak, sekali gus menjadikan masa depan bersama Portugal semakin menjadi perhatian.Tanpa kelibat Ronaldo, Portugal muncul pasukan pertama mengesahkan kemaraan ke suku akhir dengan masih berbaki dua perlawanan kumpulan.Dalam perkembangan berkaitan, Lionel Messi yang sering dibandingkan dengan Ronaldo dalam perebutan status pemain terbaik dunia turut bakal membuat penampilan terakhirnya bersama Argentina apabila berdepan Benin dalam aksi persahabatan di Buenos Aires pada Selasa.