SHAH ALAM - Bekas Menteri Undang-Undang, Zaid Ibrahim mempersoalkan jaminan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bahawa Petroleum Sarawak Bhd (Petros) tidak akan mengancam kedudukan Petronas.Menurut Zaid, tindakan yang sedang didorong Petros dilihat bercanggah dengan jaminan diberikan bahawa syarikat minyak negeri itu tidak akan menggantikan atau melemahkan syarikat minyak negara berkenaan.Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata, langkah Petros untuk mengambil peranan sebagai pengagregat gas di Sarawak memberi gambaran berbeza daripada jaminan yang diberikan."Itu bukan sekadar kerjasama. Ia mengambil alih satu fungsi penting Petronas," katanya.Beliau pada masa sama menegaskan perniagaan gas Petronas di Sarawak dianggarkan bernilai sekitar RM10 bilion setahun.Zaid turut membangkitkan pertikaian melibatkan Shell yang menurutnya menyebabkan kira-kira RM80 juta sebulan dalam bayaran ditahan apabila timbul kekeliruan mengenai pihak yang sepatutnya menerima bayaran berkenaan.Pada Jumaat, Abang Johari berkata Sarawak kekal mahu bekerjasama dengan Petronas walaupun negeri itu sedang memperluas keupayaan memproses sumber gasnya sendiri.Beliau menegaskan Petros bukan diwujudkan untuk ‘membunuh’ Petronas.Kenyataan itu dibuat ketika Petros mengumumkan kerjasama dengan syarikat Norway, Höegh Evi, bagi membangunkan terminal pengegasan semula LNG di Kuching yang dijangka siap pada 2029.Abang Johari berkata, Sarawak turut mahu membangunkan loji LNG berskala kecil selain meneroka projek pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon bagi menambah nilai kepada sumber gas negeri itu.Bagaimanapun, Zaid berkata pembangunan Sarawak tidak seharusnya dilakukan dengan mengaburkan kedudukan undang-undang Petronas.Beliau berkata, Sarawak perlu terlebih dahulu mengiktiraf hak Petronas ke atas minyak dan gas Malaysia di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974.Katanya, selepas perkara itu diselesaikan, kerajaan Persekutuan dan Sarawak boleh berbincang mengenai peranan yang sesuai untuk Petros."Jika perkara asas itu tidak diselesaikan, tindakan sama oleh negeri pengeluar minyak lain boleh melemahkan Petronas dan menjejaskan kepentingan seluruh negara," katanya.
Zaid: Tindakan Petros bercanggah jaminan Abang Jo

Key takeaways
Zaid Ibrahim questioned Abang Johari's assurance that Petros won't threaten Petronas' position, citing Petros' move to take on a key role in gas aggregation in Sarawak.
- Petros is partnering with Höegh Evi to develop a terminal for liquefied natural gas (LNG) in Kuching, expected to be completed by 2029.
- Sarawak wants to develop a small-scale LNG plant and explore carbon capture, utilization, and storage projects.
- Abang Johari said Sarawak will recognize Petronas' rights to Malaysian oil and gas under the 1974 Petroleum Development Act before discussing Petros' role.
- Zaid Ibrahim estimated Petronas' gas business in Sarawak to be worth around RM10 billion annually.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Petros will not displace or undermine Petronas, says Abang Johari
- Free Malaysia Today Petros tak ganti Petronas, kata Abang Jo
- Sinar Harian Zaid: Tindakan Petros bercanggah jaminan Abang Jo (this story)








/file/attachments/orphans/564434453_706873.png)
