PETALING JAYA: Premier Sarawak Abang Johari Openg memberi jaminan peranan syarikat minyak negeri, Petros, yang semakin meningkat dalam sektor gas Sarawak bukan bertujuan menggantikan Petronas.
Beliau berkata, kerajaan negeri kekal komited bekerjasama dengan Petronas walaupun ia meningkatkan kapasitinya untuk memproses sumber negeri dan membangunkan kemudahan terminal gas asli cecair (LNG) Kuching, menjelang 2029.
"Ada orang kata saya mahu bunuh Petronas. Tidak. Kita lakukan mengikut hak kita dalam Perjanjian Malaysia (MA63) dan kita masih bersama (Petronas),” katanya menurut Dayak Daily, di Mukah.






