LIVERPOOL dilaporkan mula membuka langkah untuk mendapatkan Kylian Mbappe apabila kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dikatakan sudah menghubungi ejen penyerang Real Madrid berkenaan bagi kemungkinan perpindahan pada 2027.Dakwaan itu dibuat wartawan Sepanyol, Francois Gallardo yang mendakwa Liverpool sudah berhubung dengan ibu merangkap ejen Mbappe, Fayza Lamari, dalam beberapa minggu kebelakangan ini.Menurut Gallardo, Liverpool bukan satu-satunya kelab di England yang berminat terhadap Mbappe, namun Anfield dikatakan menjadi pilihan utama pemain Perancis itu sekiranya dia meninggalkan Madrid.Mbappe, 27, menyertai Real Madrid secara percuma pada musim panas 2024 selepas meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG), dengan kontraknya bersama kelab itu masih berbaki sehingga 2029.Sejak tiba di Santiago Bernabeu, Mbappe sudah menghasilkan 94 gol dan 14 bantuan gol dalam 111 penampilan dalam semua pertandingan, namun masih belum membantu Real Madrid menjulang LaLiga atau Liga Juara-Juara Eropah.Gallardo mendakwa keadaan itu, termasuk persoalan mengenai keserasian Mbappe bersama Vinicius Junior, menyebabkan masa depan pemain terbabit di Madrid mula menjadi tanda tanya."Beberapa kelab EPL berminat dengan Kylian Mbappe, tetapi keutamaan pemain adalah Liverpool."Mereka sudah menghubungi Fayza Lamari dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Yuran perpindahan dianggarkan antara 200 juta hingga 250 juta euro," katanya kepada sebuah portal berita Sepanyol.Jika nilai 250 juta euro (RM1.23 bilion) direalisasikan, Mbappe bakal memecahkan rekod perpindahan dunia yang kini menjadi milik Neymar selepas pemain Brazil itu berpindah dari Barcelona ke PSG dengan nilai 222 juta euro pada 2017.Gallardo turut mendakwa Mbappe sudah memutuskan untuk meninggalkan Real Madrid pada musim panas 2027 dan mendakwa kelab Sepanyol itu tidak akan menghalangnya, manakala Michael Olise dari Bayern Munich dikatakan antara calon untuk menggantikannya.Namun, setakat ini dakwaan berkenaan datang daripada Gallardo dan belum disahkan secara rasmi oleh Mbappe, Liverpool atau Real Madrid.
Mbappe dalam radar Liverpool

Key points
- LIVERPOOL dilaporkan mula membuka langkah untuk mendapatkan Kylian Mbappe apabila kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dikatakan sudah menghubungi ejen penyerang Real Madrid berkenaan bagi kemungkinan perpindahan pada 2027.
- Dakwaan itu dibuat wartawan Sepanyol, Francois Gallardo yang mendakwa Liverpool sudah berhubung dengan ibu merangkap ejen Mbappe, Fayza Lamari, dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
- Menurut Gallardo, Liverpool bukan satu-satunya kelab di England yang berminat terhadap Mbappe, namun Anfield dikatakan menjadi pilihan utama pemain Perancis itu sekiranya dia meninggalkan Madrid.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian Liverpool intai Mbappe ke Anfield
- Sinar Harian Mbappe dalam radar Liverpool (this story)









