MALAYSIA melonjak tiga anak tangga ke kedudukan ke-133 dunia dalam kemas kini ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).Skuad Harimau Malaya mengumpul 1,102.09 mata, meningkat 15.05 mata berbanding kemas kini 20 Julai lalu yang menyaksikan Malaysia berada di tangga ke-136.Peningkatan itu hadir selepas Malaysia menampilkan prestasi konsisten dalam kempen Piala ASEAN FIFA di Indonesia apabila merekodkan tiga kemenangan dan satu seri daripada empat perlawanan.Kemenangan 1-0 ke atas Vietnam bagi menamatkan penantian 12 tahun menjadi penyumbang terbesar dengan tambahan 6.33 mata.Sebelum itu, Harimau Malaya membuka kempen dengan kemenangan 3-0 ke atas Bangladesh yang menyumbang 3.30 mata.Keputusan seri tanpa jaringan menentang Indonesia pula memberikan tambahan 0.68 mata kepada kutipan ranking Malaysia.Skuad negara kemudian menutup kempen dengan kemenangan bergaya 6-0 ke atas Singapura, sekali gus menambah 4.74 mata lagi.Prestasi berkenaan membolehkan Malaysia menamatkan saingan di tempat ketiga selain memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia.Momentum itu diharapkan dapat dikekalkan Harimau Malaya menjelang kemas kini ranking FIFA seterusnya pada 18 November depan.
Harimau Malaya naik tiga anak tangga

Key takeaways
Malaysia naik tiga tangga ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA setelah meningkatkan 15.05 mata.
- Malaysia mengumpul 1,102.09 mata dalam kemas kini terbaru.
- Kemenangan 1-0 atas Vietnam memberi 6.33 mata terbanyak.
- Prestasi konsisten dalam Piala ASEAN membantu peningkatan ranking.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SUKAN SINAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Ng Wei Wei naik 10 tangga senarai Wanita Paling Berkuasa Asia
- Malaysiakini (BM) Piala Fifa Asean: Macam Harimau Malaya lawan Belanda, kata MP Shah Alam
- Harian Metro Harimau Malaya lonjak tiga anak tangga ke-133 dunia
- Sinar Harian Harimau Malaya naik tiga anak tangga (this story)









