sukan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Persembahan positif yang ditampilkan Harimau Malaya pada kempen Piala ASEAN FIFA membuahkan hasil 'manis-manis' apabila membantu skuad negara melonjak tiga anak tangga ke kedudukan ke-133 dunia menerusi kemas kini terbaharu ranking FIFA, hari ini.
Kejayaan itu menyaksikan Malaysia kini mengumpul keseluruhan 1102.09 mata, sekali gus memperbaiki kedudukan berbanding tangga ke-136 dunia yang diduduki pada kemas kini terakhir pada 20 Julai lalu.
Lonjakan kedudukan dalam carta bola sepak antarabangsa itu didorong oleh pertambahan 15.05 mata berharga hasil aksi konsisten dan berdisiplin yang dipamerkan anak buah Tan Cheng Hoe sepanjang kempen yang berlangsung di Indonesia itu.








/file/attachments/orphans/adasasdasd_389088.png)