Permaisuri: Remaja warga Thailand maut, manakala dua lagi termasuk bayi berusia enam bulan kritikal dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 68, Kampung Apek, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada 8.30 pagi itu, Muhammad Dini Haikal Rosli, 16, yang bekerja sebagai pembantu jurujual dan beralamat di Kelantan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Setiu Superintendan Zahril Asri Mohd Zain berkata, kemalangan membabitkan dua Perodua Axia dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Unser.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah Perodua Axia warna hitam dipandu lelaki berusia 25 tahun bersama dua penumpang dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.