KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh sentimen pasaran yang positif susulan pengumuman Belanjawan 2027 pada Jumaat minggu lalu, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.0820/0865 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0830/0875 pada Jumaat.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam, berkata Belanjawan 2027 mencerminkan komitmen kerajaan terhadap disiplin fiskal, sekali gus mendorong reaksi positif daripada pelabur.
"Ringgit mencatatkan prestasi positif berbanding dolar AS hari ini walaupun terdapat peningkatan risiko luaran, dengan harga minyak mentah Brent kekal tinggi.









