London: Legenda Manchester United, Gary Neville mengakui dia mahu dikeluarkan daripada semua tugasan mengulas perlawanan Manchester City di Sky Sports untuk beberapa bulan akan datang.

Neville adalah sebahagian daripada pasukan pengulas ketika City mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Liverpool di Anfield, awal pagi tadi.

Namun, City masih menunggu keputusan rayuan selepas didapati bersalah melanggar lebih 100 peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris (EPL), yang boleh menyebabkan mereka disingkirkan daripada saingan liga utama itu.

Neville berkata kepada Sky Sports: "Kami baru sahaja membuat podcast dan saya berkata, jika anda boleh keluarkan saya daripada perlawanan Manchester City untuk beberapa bulan akan datang sehingga keputusan diumumkan, saya amat berbesar hati.