SETIU - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut manakala sembilan lagi cedera, termasuk seorang bayi perempuan berusia enam bulan yang kritikal, dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 68, Kampung Apek, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Zahril Asri Mohd Zain berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi dan mangsa bukan warganegara yang juga penumpang hadapan Perodua Axia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun bersama dua penumpang dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu."Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan tersebut hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Unser."Tidak lama kemudian, sebuah lagi kereta jenis Perodua Axia yang datang dari arah belakang Toyota Unser tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian hadapan kenderaan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, pelanggaran itu menyebabkan Perodua Axia terbabas ke sebelah kanan jalan, mengakibatkan seorang remaja maut manakala pemandunya mengalami kecederaan kritikal.Katanya, seorang lagi mangsa yang dilaporkan kritikal ialah bayi perempuan berusia enam bulan yang menaiki Toyota Unser.Zahril Asri berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut manakala mangsa lain yang cedera turut dikejarkan ke hospital sama bagi rawatan lanjut."Daripada 10 mangsa yang terlibat, dua dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, termasuk pemandu Perodua Axia dan bayi berkenaan yang kini ditidurkan," katanya.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987."Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM20,000, selain hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh tidak kurang lima tahun," ujarnya.Dalam pada itu, Zahril Asri menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya demi keselamatan bersama."Sesiapa yang mempunyai maklumat atau saksi kejadian diminta tampil ke Pejabat Trafik IPD Setiu atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Aliah Shafinah Ani Sarudin di talian 013-6706156 bagi membantu siasatan," katanya.
Remaja maut, bayi 6 bulan kritikal nahas tiga kenderaan

Key points
- SETIU - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut manakala sembilan lagi cedera, termasuk seorang bayi perempuan berusia enam bulan yang kritikal, dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 68, Kampung Apek, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di sini pada Isnin.
- Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun bersama dua penumpang dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu.
- "Tidak lama kemudian, sebuah lagi kereta jenis Perodua Axia yang datang dari arah belakang Toyota Unser tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian hadapan kenderaan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Harian Metro , Berita Harian , Kosmo
Story details
- Published
- By
- NORHASPIDA YATIM
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Remaja maut, bayi 6 bulan kritikal nahas tiga kenderaan (this story)









