Kuala Lumpur: Raja Jordan Raja Abdullah II menyeru supaya kerjasama pertahanan antara Jordan dan Malaysia diperkukuh, termasuk dalam bidang teknologi ketenteraan serta peperangan menggunakan dron dan antidron, ketika kedua-dua negara berusaha menyesuaikan diri dengan cabaran keselamatan yang semakin berkembang.
Baginda bertitah keupayaan Malaysia dalam bidang industri, perisikan dan pembangunan bakat dapat melengkapi usaha Jordan memodenkan angkatan tenteranya, sekali gus membuka peluang kepada lembaran baharu dalam hubungan pertahanan antara kedua-dua negara.
"Beta percaya bahawa keupayaan industri, perisikan dan bakat muda yang dimiliki Malaysia dapat melengkapi usaha kami melaksanakan perubahan besar dalam angkatan tentera, khususnya dalam peralihan kepada peperangan menggunakan dron dan antidron," titah baginda.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F01%2F9b9a5580ddb583f4be41effb0ba0c77e.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
