MELAKA – Seorang ibu tunggal warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Isnin atas dua pertuduhan, iaitu melacurkan diri dan berkurung dengan seorang lelaki bukan mahram di sebuah rumah tumpangan di sini.Tertuduh, Ika Sitepu, 38, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Mohd Daud.Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melacurkan diri dengan seorang lelaki bukan Islam berusia 44 tahun yang bukan suaminya yang sah mengikut hukum syarak kira-kira pukul 3 petang pada 11 Oktober lalu.Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 75 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga 24 bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa berkurung dalam keadaan yang mendatangkan syak dengan lelaki yang sama di lokasi, tarikh dan masa yang sama.Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 53(2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga 24 bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Berdasarkan fakta kes, penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menjalankan operasi pencegahan pada 11 Oktober lalu sebelum menemui tertuduh bersama lelaki berkenaan di lokasi tersebut.Ketika serbuan, tertuduh didapati memakai pakaian tidur bertali halus, manakala lelaki berkenaan memakai seluar pendek.Pemeriksaan mendapati kedua-duanya tidak mempunyai hubungan mahram atau ikatan perkahwinan yang sah.Penguat kuasa turut menemukan kondom terpakai berhampiran katil dan wang tunai RM60 di atas meja solek.Hasil siasatan mendapati tertuduh mengaku tidak mengenali lelaki berkenaan yang merupakan pelanggan bagi mendapatkan khidmat urut selama 15 minit dengan bayaran RM40 serta perkhidmatan seks berharga RM20.Siasatan turut mendapati tertuduh memasuki Malaysia pada 1 September lalu menggunakan pas pelancong dan bekerja di rumah tumpangan berkenaan sejak kira-kira dua minggu lalu dengan menawarkan perkhidmatan urut serta seks.Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan baru bekerja di rumah tumpangan itu dan datang ke Malaysia bagi menyara tiga anaknya selepas kematian suami.Ketua Pendakwa Syarie Negeri Melaka, Wan Mahyuddin Wan Muhammad, dalam hujah pemberatan memohon mahkamah mengambil kira keseriusan kesalahan tersebut serta keperluan menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan.Menurutnya, perbuatan tertuduh bukan sekadar membabitkan hubungan peribadi, malah melibatkan pertukaran wang bagi mendapatkan perkhidmatan seks.Mahkamah turut diminta mengambil kira lokasi kejadian di rumah tumpangan selain tindakan tertuduh bekerja menggunakan pas pelancong.Beliau berkata, hukuman setimpal perlu dikenakan berdasarkan fakta kes dan pengakuan tertuduh bagi memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak memandang ringan undang-undang syariah yang berkuat kuasa.Mahkamah kemudian menjatuhkan
Wanita warga Indonesia mengaku bersalah tawar khidmat seks di rumah tumpangan

Key takeaways
Seorang wanita Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka atas dua pertuduhan melacurkan diri dan berkurung dengan lelaki bukan mahram.
- Ika Sitepu, 38, mengaku bersalah atas dua pertuduhan pada 11 Oktober lalu.
- Pertuduhan pertama melibatkan melacurkan diri dengan lelaki bukan Islam.
- Pertuduhan kedua ialah berkurung dengan lelaki yang sama pada waktu dan tempat yang sama.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Pemilik spa mengaku bersalah edar Botox tiruan
- Malaysiakini (BM) Lawakkan Katolik: Ketua Umno Sepang mengaku tidak bersalah
- Sinar Harian Wanita warga Indonesia mengaku bersalah tawar khidmat seks di rumah tumpangan (this story)
- Berita Harian Wanita tawar khidmat sundal RM20, didenda RM5,000









