TAWAU: Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengeluarkan 34 waran tangkap terhadap warga China yang berdepan pertuduhan pakatan jenayah berhubung kes penipuan insurans dalam talian membabitkan penyamaran sebagai polis negara berkenaan.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin selepas 34 daripada 41 tertuduh yang sebelum ini dibebaskan dengan jaminan, gagal menghadirkan diri pada hari pertama perbicaraan penuh kes berkenaan.

Hanya tujuh tertuduh yang dijamin hadir di mahkamah hari ini.

Sementara itu, dua lagi tertuduh kini ditahan di Penjara Tawau selepas gagal menjelaskan wang jaminan sebelum ini.