KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang daripada lapan tertuduh dalam kes penculikan seorang lelaki warga Palestin pada 2022.Hakim, Datuk Mohd Arief Emran Arifin mengeluarkan perintah itu terhadap Muhammad Iqmal Abdul Rahis, 31, selepas tertuduh tidak hadir pada prosiding kes berkenaan.Ketika pengurusan kes, penjamin tertuduh memaklumkan bahawa, usaha menjejaki Muhammad Iqmal termasuk pergi ke rumahnya di kawasan ladang kelapa sawit telah dilakukan sebelum ini."Saya pergi ke kampungnya di Tanjung Sepat, tetapi adik-beradik dia kata tidak jumpa," katanya.Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Zaileen Nadia Zubir berkata, pihak pendakwaan juga sudah berusaha mengesan tertuduh ketujuh itu sejak 11 September lalu.Menurutnya, pihak berkuasa turut pergi ke Tanjung Sepat, Banting, Kuala Langan dan bertanyakan mengenai keberadaan tertuduh kepada bapanya."Bapa tertuduh memberitahu lelaki berkenaan tidak balik kampung sejak Januari lalu dan pihak berkuasa masih berusaha mengesan tertuduh," katanya.Susulan itu, Hakim, Mohd Arief Emran mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Iqmal.Mahkamah turut memerintahkan wang jaminan sebanyak RM50,000 dikembalikan kepada penjamin selepas mengambil kira usaha yang dilakukan bagi mengesan tertuduh.Dalam prosiding itu, Muhammad Iqmal diwakili peguam, Goh Cia Yee.Sebelum ini, mahkamah menetapkan perbicaraan kes berkenaan ditetapkan pada 12 hingga 15, 19 hingga 23 dan 26 hingga 29 October.Pada Oktober 2022, seramai 13 lelaki dan seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menculik warga Palestin, Omar Z M Albelbaisy Raeda, 35, bagi mendapatkan ganjaran berupa rahsia maklumat berkaitan perisian menggodam telefon bimbit.Mereka ialah Edy Ko’im Said, 46, Mohamad Norakmal Hassan, 47, Dody Junaidi, 48, Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, 45, Mohamad Naziree Mustapha, 45, Faizull Hardey Mohd Isa, 46, Muhammad Iqmal, Mohamad Sufian Saly, 29, Muhammad Al Hatim Mohd Fauzi, 29, Nidarahayu Zainal, 40, Raibafie Amdan, 45, Mohd Zaidi Mohd Zain, 60, Mohd Azwan Jamaludin 55, dan Tengku Hazarul Ismail Tengku Hamid, 55.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Mayang, di sini, pada jam 10.40 malam 28 September 2022.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.Pada 20 Oktober 2023, Tengku Arif Bongsu bersama pasangan suami isteri, Nidarahayu dan Raibafie turut didakwa atas 19 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM250,000.Bagi pertuduhan pertama hingga keempat, Nidarahayu didakwa melupuskan wang RM20,650.86 hasil aktiviti haram daripada akaun simpanannya di CIMB Bank ke dua akaun bank lain di CIMB Bank dan Maybank Islamic Berhad di Cawangan Taman Maluri, antara 15 September hingga 3 Oktober 2022.Dia turut berdepan 13 pertuduhan memindahkan wang RM184,985.46 ke dalam akaun empat syarikat dan lapan individu, juga hasil aktiviti haram, antara 15 September hingga 2 Oktober tahun sama.Raibafie dan Tengku Arif Bongsu masing-masing didakwa menerima RM30,350 dan RM25,000 daripada dua akaun bank milik Nidarahayu serta sebuah syarikat, di CIMB Bank Cawangan Jalan Bukit Bintang dan Taman Mutiara, Cheras antara 29 September hingga 2 Oktober 2022.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Pada 10 Julai 2025, enam lelaki dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan melarikan dan mengurung seorang lelaki Palestin itu.Hakim, K Muniandy yang kini hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya, menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Norakmal, Mohd Azwan, Dody, Mohamad Sufian, Tengku Hazarul Ismail dan Muhammad Al Hatim.Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melarikan mangsa secara paksa terhadap lelaki Palestine sama dengan dikurung secara salah dan rahsia di Jalan Mayang, Dang Wangi di sini pada jam 10.40 malam, 28 September 2022.Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.Mengikut fakta kes, mangsa dilarikan dan dikurung di sebuah chalet di Hulu Langat.Serbuan polis yang dilakukan berdasarkan maklumat berjaya menyelamatkan mangsa yang ketika itu berada dalam keadaan tangan dan kaki diikat dengan pengikat kabel.
Warga Palestin diculik: Waran tangkap terhadap tertuduh ketujuh

Key takeaways
A Malaysian court has issued a warrant for the arrest of one of eight suspects in a 2022 kidnapping case involving a Palestinian man. The suspect, Muhammad Iqmal Abdul Rahis, failed to attend a court hearing.
- A warrant was issued for Muhammad Iqmal Abdul Rahis, 31, for failing to attend a court hearing.
- The court had previously set a trial date for October 12-15, 19-23, and 26-29.
- The kidnapping allegedly occurred on September 28, 2022, in Kuala Lumpur.
- The suspects are accused under Section 3 of the Kidnapping Act 1961 and Section 34 of the Penal Code.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Sinar Harian Warga Palestin diculik: Waran tangkap terhadap tertuduh ketujuh (this story)
- Free Malaysia Today Mahkamah keluar waran tangkap terhadap lelaki didakwa culik warga Palestin

