GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang masih menunggu keputusan rasmi daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung kes seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini yang didakwa memukul isterinya.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim berkata, pihaknya belum menerima sebarang keputusan rasmi daripada AGC berhubung perkembangan lanjut kes berkenaan."Masih tunggu keputusan rasmi daripada AGC," katanya ringkas ketika dihubungi pada Rabu.Terdahulu, media melaporkan, polis menerima laporan berhubung dakwaan seorang ADUN di sini memukul isterinya baru-baru ini.Dennis berkata, siasatan berhubung kes itu masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.Menurutnya, polis memanggil empat individu yang juga ahli keluarga untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.Bagaimanapun setakat ini, tiada tangkapan dibuat berhubung kes berkenaan sementara pihak polis menunggu keputusan dan arahan lanjut daripada pihak pendakwaan.
Kes ADUN pukul isteri: Polis tunggu keputusan rasmi AGC

Key takeaways
Polis Pulau Pinang menunggu keputusan rasmi daripada AGC mengenai kes ADUN yang dituduh memukul isterinya, sementara siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
- Polis belum menerima keputusan atau arahan lanjut daripada AGC.
- Siasatan melibatkan rakaman keterangan daripada empat ahli keluarga.
- Tiada tangkapan dibuat setakat ini dalam kes tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Tunggu keputusan analisis makmal
- Malaysiakini (BM) Dakwaan Adun cederakan isteri: Polis tunggu arahan lanjut DPP
- Sinar Harian Kes ADUN pukul isteri: Polis tunggu keputusan rasmi AGC (this story)







