KOTA TINGGI: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bercadang mewujudkan 'fast lane' bagi menyegerakan pelaksanaan 1,453 projek sambungan dan sedia ada.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia menjadi keutamaan KKDW pada tahun depan termasuk isu pengambilan tanah bagi projek pembangunan luar bandar, pelantikan penyelarasan tunggal dan pemantauan bersama status pengambilan tanah.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, daripada RM7.83 bilion siling pembangunan kementerian, RM7.41 bilion atau hampir 95 peratus diperuntukkan kepada 1,463 projek sambungan, manakala RM424.2 juta diperuntukkan kepada 182 projek baharu.
"Jadi, dengan adanya mesyuarat EXCO ini kita minta supaya laluan khusus yang segera dapat diberikan oleh kerajaan-kerajaan negeri, maknanya 'fast lane' dapat diberikan. Jika tidak, akan berlaku penangguhan projek-projek yang berkenaan.








