Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mendedahkan Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri Hannah Yeoh membantah tahanan rumah Datuk Seri Najib Tun Razak.
KUALA LUMPUR: Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh membantah pelaksanaan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, menurut minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) yang dinyahklasifikasikan.
Beberapa muka surat kandungan minit mesyuarat itu dikongsi oleh bekas Ahli Parlimen DAP Tony Pua menerusi akaun Facebooknya, yang antara lain merekodkan pendirian Peguam Negara berhubung perkara tersebut.
Menurut minit berkenaan, Mohd Dusuki berpendapat bahawa bekas perdana menteri itu perlu menjalani hukuman banduan sehingga 2028 sebagaimana pandangan sebelum ini.






