Kuala Lumpur: UMNO menuntut penjelasan rasmi berhubung dakwaan penyahklasifikasian minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Penerangannya, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan perlu menjelaskan sama ada minit berkenaan dinyahklasifikasikan secara rasmi, siapa yang memberi kebenaran terhadap keputusan itu serta sama ada dokumen yang tersebar kepada umum sepadan dengan rekod rasmi.
Pada 12 November lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau bersedia membawa cadangan penyahklasifikasian itu ke Kabinet.






