KOTA TINGGI – Sebanyak 1,453 projek sambungan dan sedia ada di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dicadangkan menggunakan laluan pantas atau fast lane bagi memastikan ia siap mengikut jadual.

​Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengambilan tanah bagi projek pembangunan luar bandar, termasuk pelantikan penyelaras tunggal dan pemantauan bersama status pengambilan tanah perlu diselesaikan secara tuntas.

Katanya kesiapsiagaan tapak mesti disahkan sebelum projek memasuki peringkat tender bagi mengelakkan kelewatan semasa pembinaan.

Menurutnya, kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri penting bagi memastikan isu tanah dan tapak projek pembangunan luar bandar ditangani secara terancang dan teratur.