Kuala Lumpur: Malaysia mencadangkan agar bateri kenderaan elektrik (EV) yang telah ditamatkan penggunaannya dimanfaatkan semula sebagai sistem penyimpanan tenaga bagi membekalkan elektrik kepada penduduk luar bandar, penempatan masyarakat Orang Asli serta kemudahan kesihatan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, langkah itu sekali gus memastikan manfaat ekonomi konomi kitaran turut dinikmati komuniti yang kurang mendapat akses kepada kemudahan berkenaan.
Beliau berkata, cadangan dikenali "Dividen Ekuiti Kitaran" itu antara tiga penyelesaian dikemukakan Malaysia bagi mempercepat pelaksanaan ekonomi kitaran di kawasan bandar pada peringkat global serta memacu agenda sifar sisa.








