Shah Alam: Berlagak samseng dan membuat ugutan jenayah di sebuah kedai serbaneka di Mutiara Subang, di sini, baru-baru ini, seorang lelaki kini diburu pihak polis.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kelmarin daripada lelaki berhubung kejadian mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.
"Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham apabila mangsa menegur seorang lelaki yang memotong barisan ketika membuat pembayaran.
"Akibat berang ditegur, suspek dipercayai bertindak memukul dan mengugut mangsa sebelum melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal," katanya dalam kenyataan hari ini.









