SITIAWAN - Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang disyaki melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta BMW di hadapan sebuah rumah di Taman Hijau, Kampung Koh di sini awal pagi Jumaat.Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.54 petang.Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.16 pagi hari sama ketika pengadu berada di dalam rumahnya."Pengadu terdengar bunyi letupan sebelum menyedari terdapat empat kesan tembakan pada bahagian pintu sebelah kanan kenderaan miliknya sekitar jam 9 pagi."Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati dua suspek yang belum dikenal pasti identiti menghampiri kenderaan berkenaan dengan menaiki motosikal," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Hasbullah berkata, salah seorang suspek kemudian bertindak melepaskan tembakan ke arah BMW berkenaan sebelum kedua-duanya melarikan diri.Menurutnya, polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960.Jelasnya, usaha mengesan suspek yang terlibat sedang giat dijalankan.Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-688 6222, WhatsApp Hotline 017-682 8005 atau di mana-mana balai polis berhampiran.
Polis buru dua lelaki lepaskan tembakan depan rumah

Key takeaways
Polis sedang mencari dua lelaki yang didakwa menembak ke arah kereta BMW di Taman Hijau, Kampung Koh, pada 4.16 pagi. Suspek didapati menghampiri kenderaan dengan motosikal dan melepaskan tembakan sebelum melarikan diri.
- Kejadian berlaku sekitar 4.16 pagi, laporan diterima jam 1.54 petang.
- Empat kesan tembakan pada pintu kanan BMW dilihat jam 9 pagi.
- Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SAIFULLAH AHMAD
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Polis buru lelaki warga asing simbah asid pada kekasih
- Sinar Harian Polis buru dua lelaki lepaskan tembakan depan rumah (this story)
- Utusan Malaysia Polis buru dua suspek lepaskan tembakan ke arah kereta BMW








